Antara produk solar yang pertama pernah saya hasilkan adalah Solar Portable GenSet. Memang mula dihasilkan terus meletop. Meletop sambil keluar asap. Hihihi... Produk ini saya hasilkan sendiri atas ilham nak guna untuk masuk hutan dan aktiviti luar. Mengenangkan bagaimana untuk meneruskan aktiviti luar tanpa adanya tenaga elektrik menyebabkan saya rasa panik dan tidak keruan.
Tidak keruan sebabnya seperti nak cas handphone, nak cas alat pengesan, nak guna lampu pada waktu malam dan nak masak air guna mini heater. Jadi semua ini saya fikirkan bagaimana untuk hadapinya. Nak bawa petrol genset memang berat dan tak mungkin nak usung sana sini dengan berat begitu.
Jadi datanglah ilham untuk menghasilkan solar portable genset ini sendiri. Oh ya produk yang sama ada jual di pasaran pada masa itu. Tapi saya putuskan untuk menghasilkannya sendiri disebabkan saya mempunyai kemahiran dan pengetahuan sedikit dalam teknologi solar. Tambahan pula minat saya dalam renewable energy ini bermula sudah lama.
Untuk menghasilkannya memerlukan beberapa faktor seperti pengetahuan dan kemahiran. Manakala faktor modal adalah kedua penting. Modal untuk menghasilkannya dari sumber poket sendiri. Faham-faham sajalah, untuk nak buat kali pertama perlu modal yang lebih berbanding denga harga bila dah dijual. Tiada permohonan dana atau loan dibuat. Semuanya atas modal sendiri dari simpanan hasil jualan produk inovasi saya pada waktu itu.
Setelah seminggu, prototaip pun siap. Masanya untuk membuat pengujian demi pengujian. Bukan sekali sekala pengujian dibuat. Banyak perkara yang perlu dibuat dan diuji. Banyak kejadian yang berlaku sesama proses pengujian ini dilakukan. Ada pernah berlaku letupan kecil sebab litar pintaslah, ada yang keluar asap sebab transistor terbakarlah dan ada masanya tidak menjadi seperti yang diharapkan. itu semua kedjadian yang berlaku semasa proses pengujian. Anda semua tak perlu risau sebab ianya merupakan satu proses dan semua hal yang terjadi itu dapat diatasi dengan memperbaiki kelemahan tersebut.
Kini produk Solar Portable GenSet ini sudah terjual melebihi 10 unit. Jumlah yang tidak begitu banyak dalam keadaan saya kurang mempromosikannya. Ramai yang tidak tahu. Ramai hanya tahu produk dari luar negara sahaja terutama produk dari China yang sememangnya susah nak lawan dari sudut harga yang murah. Apa yang boleh saya berikan kelainan adalah servis kepada pelanggan dan kelainan pada produk. Lain yang dimaksudkan adalah menghasilkan produk mengikut keperluan pelanggan.
Rata-rata ramai yang melihat produk ini terasa taksub dan berfikir di luar kotak. Anda bagaimana? Sama juga kan?
Ok, untuk artikel akan datang nanti saya akan terangkan mengenai penggunaan Solar Portable ini dengan lebih terperinci sehingga anda faham. Sebabnya ramai yang salah anggap mengenai solar genset ini bagi tujuan penggunaan tenaga elektrik. Ramai yang mengharapkan sesuatu yang tinggi dan saya tidak sanggup memberi harapan yang palsu kepada pelanggan saya nanti.
Jika anda berminat untuk menggunakan Solar Portable GenSet ini sila klik sini.