Isnin, 13 Ogos 2018

Ujikaji Projek Solar Dalam Lab Rahsia

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam hormat.

Kali ini saya teringin untuk menyentuh serba sedikit mengenai ujikaji tenaga solar yang pernah saya lakukan untuk menghasilkan satu produk yang boleh diguna untuk semua orang. Seperti yang kita ketahui bidang tenaga solar ini sebenarnya sudah lama digunakan oleh sebahagian penduduk dunia. Cuma pada tempat kita sekarang ini penggunaannya tidak aktif sangat berbanding tempat-tempat lain dalam dunia ini atas beberapa factor.

Kos pemasangan dan penggunaan system tenaga solar ini juga menjadi factor kepada pengurangan dan jarang digunakan. Ianya boleh dikatakan kurang efektif berbanding dengan penggunaan tenaga elektrik TNB. Kemudahan tenaga elektrik dari TNB sebenarnya lebih popular dan mudah diperolehi memandangkan TNB sendiri banyak memberikan kemudahan ke mana-mana tempat walaupun di kawasan pedalaman.

Namun begitu dari satu sudut lain, saya melihat system tenaga solar masih boleh digunakan dengan efektif untuk hal-hal tertentu yang lebih penting. Bagi saya untuk bergerak selari dengan sumber elektrik TNB adalah masih belum masanya lagi. Apa yang saya faham sumber tenaga solar masih boleh digunakan untuk menampung kelemahan sumber tenaga di tempat-tempat tertentu.

Disebabkan kos yang agak mahal bagi orang-orang biasa, system tenaga solar ini menjadi tidak popular. Jika dibuat pengiraan kos pemasangan dan servis dibanding pula dengan kos elektrik TNB ianya tidak jauh beza. Perbezaan penjimatan pula tidak begitu ketara walaupun ianya ada. Di situ orang kurang berminat. Lebih baik menggunakan sumber lektrik TNB berbanding tenaga solar yang boleh dikatakan kos yang sikit mahal dan memerlukan juga kos servis mengikut masa tertentu.

Jadi apakah urusan dan halnya saya membuat ujikaji mengenai tenaga solar ini. Target utama saya adalah menghasilkan satu produk yang mampu milik dan penggunaannya sangat efektif yang diperlukan oleh hampir semua orang. Yes... yang penting memberi kemudahan. Ikut apa yang orang mahu dan suka.

Bermula dari tahun 2016 saya sudah bermula dengan serius dalam membuat kajian dan pengujian dalam teknologi tenaga solar ini. Banyak kos dan masa diperuntukkan untuk membuat kajian dan pembangunan sistem teknologi solar mengikut target yang dikehendaki.

Nantikan beberapa artikel penerangan mengenai kajian saya dan seterusnya lebih tertumpu kepada penggunaan sistem solar ini dengan labih yakin dan selamat. Insyaallah


p/s: Jangan lupa untuk lihat produk solar ciptaan saya. Klik sini

Cara Memilih Panel Solar yang Sesuai untuk Projek DIY

Anda tengah berkira-kira nak buat projek DIY solar di rumah? Tapi, tak pasti macam mana nak pilih panel solar yang sesuai ? Jangan risau, s...