Assalamualaikum dan salam ceria.
Apabila kita sebut berkaitan dengan tenaga elektrik, ianya
suatu yang merbahaya jika disalah gunakan. Ia boleh menyebabkan renjatan
elektrik kepada manusia jika berlaku pintasan pendawaian elektrik.
Namun begitu perkara yang sama juga mungkin berlaku kepada
sistem tenaga solar. Kepada mereka yang kurang memahami ianya boleh jadi
pelbagai andaian sama ada baik atau buruk.
Di sini saya ingin memberi sedikit penerangan ringkas dan
padat mengenai sistem tenaga solar mengikut ilmu dan mengalaman yang saya ada.
Semoga ianya memberi manfaat kepada semua.
Seperti yang kita ketahui tenaga elektrik yang terhasil
adalah daripada solar panel. Solar panel yang berbentuk sekeping seperti
tingkap kaca berwarna gelap atau hitam. Solar panel ini menghasilkan tenaga
elektrik rendah. Ia boleh dijelaskan seperti ini, daripada tenaga cahaya
matahari bertukar menjadi tenaga elektrik terus (DC). Tenaga elektrik DC yang
terhasil ini tidak merbahaya jika disentuh kerana sifatnya elektrik sama
seperti sebuah bateri sahaja.
Jika penghasilan elektrik seperti bateri, maka akan ada
polariti positif dan negatif yang sama seperti bateri. Namu begitu masih ada yang salah faham. Sifat
solar panel tidak seperti bateri. Bateri sifatnya menyimpan cas eletrik.
Manakala solar panel tidak menyimpan cas elektrik. Solar panel hanya
menghasilkan cas elektrik sahaja. Jika tiada matahari, maka tiadalah cas
elektrik yang terhasil. Oleh sebab itu bateri diperlukan untuk menyimpan cas
elektrik dari solar panel. Solar panel dan bateri berpisah tiada.
Tapi ada juga yang menggunakan solar panel sahaja tanpa
bateri. Ye betul tetapi untuk permulaan ini saya cadangkan guna bateri dahulu.
Ada beberapa faktor yang perlu tahu.
Walaupun solar panel menghasilkan tenaga elektrik atau cas
elektrik DC sebenarnya ianya lemah. Ye lemah walaupun ia menghasilkan 18 volt
DC atau lebih 12 volt DC. Ini kerana arusnya (ampere) yang sangat kecil.
Contoh begini, saya ada satu motor kipas DC 12 volt dan
solar panel 18 volt 5watt. Secara logik saya akan fikir motor kipas akan
berpusing laju setelah sambungan ke solar panel. Sebelum penyambungan, saya uji
dahulu motor kipas ke bateri kereta 12 volt. Ia berpusing sangat laju dan
anginnya sangat deras. Setelah itu motor kipas disambung ke solar panel dan
diuji. Pelik sebab motor kipas berpusing sangat perlahan sedangkan matahari
pada masa itu sangat terik sekali.
Apa yang terjadi? Walaupun solar panel 18 volt lebih tinggi
dari volt bateri kereta tetapi arus pada solar panel sangat kecil menyebabkan
kuasa yang lemah. Berapakah nilai arus solar panel itu? Jawapannya begini: 5
watt/ 18 volt = 0.278A sahaja atau 279mA. Sangat sedikit berbanding dengan arus
pada bateri kereta yang menjangkau 30A.
Sebab itu jika kita mahu memilih solar panel, perkara
penting yang perlu diutamakan adalah nilai Watt pada solar panel tersebut.
Contoh pada dua solar panel ini. Satu panel 18 volt 5watt dan satu panel lagi
adalah 14 volt 30watt. Mana satu menjadi pilihan? Saya akan pilih panel 14 volt
30watt.
Salah satu sebab perlukan bateri bersama dengan solar panel
untuk voltan yang stabil. Bateri mejadikan voltan menjadi stabil. Jika dengan
hanya solar panel sahaja, voltan tidak stabil kerana voltan yang terhasil
bergantung kepada matahari. Semasa matahari terik, voltan akan maksimum dan
jika matahari terlindung, pasti voltan juga akan jatuh.
Ok faham ye? Kita sambung artikel yang lain pula.