Halaman

Rabu, 20 Mac 2019

Solar Pam

Assalamualaikum. Salam ceria.

Pada kali ini saya nak perkenalkan produk solar yang diperbaharui. Dahulunya ianya berfungsi dengan jayanya dan kini saya telah membuat perbaharuan dan berfungsi dengan lebih efektif.


Produk solar tersebut adalah Solar Pam untuk akuarium, akuaponik, hidroponik dan kolam mini. Motor pam yang digunakan bersesuaian dengan keperluan solar panel. Oleh itu solar pam ini sesuai dengan pemasangan untuk projek kecil dan sederhana.

Produk solar pam sangat sesuai dan berkesan untuk akuarium pelbagai saiz. Ini kerana panjang hose dari pam ke filter adalah pendek ukurannya. Oleh itu tekan air dari pam adalah kuat. Untuk pemasangan pada akuaponik, hidroponik dan kolam hiasan, ianya bergantung kepada panjangnya hose air. Panjang ketinggian dari pam air ke target air keluar adalah setinggi tidak lebih dari satu meter. Jika ketinggiannya lebih, tekan air menjadi kurang.
 

Di dalam pakej solar pam ini, terutama pada pam yang digunakan tidak boleh dibuat pertukaran atau diganti dengan pam selain dari pam yang diberi. Ini kerana pam tersebut telah diuji dan sesuai dengan kendalian voltan dari solar panel dan control box.

Tenaga elektrik dari solar panel dihantar ke control box. Tenaga elektrik tersebut ditapis dan ditulenkan bersesuaian untuk menghidupkan pam. Saya telah membuat ujian dan memerhatikan pam air akan mula berfungsi sekitar jam 9 pagi ketika matahari mula bersinar. Dan ketika matahari terik ianya waktu terbaik untuk pam berfungsi denga cekap. Pam akan berhenti apabila matahari dalam keadaan sangat mendung dan pada waktu malam.


Pada waktu malam pam tidak berfungsi. Solar pam ini dibuat khas untuk menghidupkan pam secara terus dari penggunaan solar sepenuhnya. Tiada penggunaan bateri. Kebiasaannya bateri digunakan untuk menghiudpkan pam pada waktu siang dan malam. Ianya lebih tertumpu kepada waktu malam kerana pada keadaan tersebut solar panel tidak menghasilkan tenaga elektrik.

Produk solar pam ini menggunakan tenaga solar sepenuhnya dan tidak menggunakan bateri. Jika anda mahukan menggunakan pam air untuk akuarium dan kolam kecil tanpa menggunakan tenaga elektrik grid (elektrik tnb), solar pam ini sesuai untuk anda. Ianya selamat dari renjatan litar pintas dan tidak perlu bayar bil elektrik setiap bulan.

Ikuti penerangan seterusnya...