Halaman

Kenali Admin


Teknologi solar energy ini merupakan bidang yang saya ceburi dan sangat berminat mempelajarinya serta mengajar kepada umum. Bermula dari tahun 2012, saya sudah mula mempelajari penggunaan sistem solar energy ini. Kisahnya bermula ketika saya membuat ujikaji mengenai renewable energy dan free energy.

Liputan Berita Harian

Liputan Akbar Kosmo

Anugerah Inovasi

Penghargaan KBS

Pada waktu itu target utama saya adalah membangunkan free energy system. Bagi saya dengan adanya satu sistem tenaga percuma ini ia boleh memberi manfaat kepada masyarakat disamping membantu golongan miskin dan yang tidak berkemampuan.

Setelah selesai beberapa tahun membuat RnD sistem free energy, akhirnya saya menumpukan perhatian kepada solar energy dan magnetic energy. Di dalam blog ini saya tumpukan sepenuhnya kepada solar energy.

Pembelajaran secara personal

Nama saya Mohd Azrai. Menjalankan banyak ujikaji berkaitan dengan inovasi elektronik dan renewable energy secara sepenuh masa. Tidak terikat kepada mana-mana institusi. Hanya bergerak secara sendiri dengan dana dan kewangan sendiri. Ada juga peruntukan dana daripada individu yang dermawan yang sudi menanggung aktiviti pembangunan inovasi saya.

Pembelajaran dalam kumpulan

Saya mempunyai Lab atau makmal peribadi sendiri. Pernah diberikan percuma Lab sementara di lokasi di Sg Chua, Kajang, Ayer Keroh, Melaka, Pandan Indah, KL dan terkini di kediaman saya sendiri di Semenyih.

Pembelajaran di dalam Lab

Pembelajaran pemasangan projek

Saya mula menceburi bidang Rekacipta Inovasi bermula dari tahun 1991 ketika di sekolah dengan menghasilkan banyak idea inovasi yang tidak pernah dikomersialkan. Pembelajaran saya bermula dari Sekolah Vokasional Ampangan, Seremban. Kemudian melanjutkan pelajaran ke PoliMAS dan UniLnG/UTM dalam bidang elektronik perhubungan. 

Liputan Akbar Metro

Kini selain dari melakukan kegiatan RnD, saya juga mengajar dan menganjurkan kursus pendek berkaitan dengan Inovasi Elektronik dan Tenaga Solar. Pernah memberi kursus dan bengkel di Kolej Komuniti, sekolah-sekolah dan secara terbuka kepada orang awam.

Pembelajaran Teori di dewan kuliah

Pembelajaran Amali di Bengkel
Terima kasih atas penerangan ringkas mengenai saya. Serba sedikit dapat memberi gambaran ringkas mengenai saya. Terlalu banyak info dan pengalaman yang tidak saya kongsikan di sini. Terima kasih.

Gerai pameran produk yang saya hasilkan
Pernah diberi projek Solar Kiosk Di TPM

Produk Solar pertama dihasilkan

Pemasangan Solar di pondok kawalan keselamatan

Terima kasih